14 December 2009

Program TT di Restoran Old Boy, Bandar Puteri, Puchong - 12/12/09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada malam Sabtu yang lepas, program TT CEC telah diadakan di Restoran Old Boy, Bandar Puteri, Puchong yang mana kehadiran sungguh memberangsangkan. Tuan rumah program TT kali ini ialah Tomguyz n Reza. Sponsor minuman pada malam itu ialah Bro Mungo Chery yang begitu steady sekali. TT kali ini dihadiri oleh 2 bakal pemilik Eastar iaitu Al-Fatih dan Toofatz yang akan membeli Eastar melalui agen CEC Management & Services. Ini adalah pertama kali berjumpa dengan Tomguyz, Mungo Chery dan Sabri walaupun selalu berborak di dalam forum.

Perbincangan pada malam itu lebih kepada permasalahan yang dihadapi oleh ahli CEC. Dan kita memberi makluman kepada semua mengenai maklum balas dari Manager SC PJ, Mr Lim tentang surat komplen CEC kepada pihak Chery Alado. Mr. Lim merupakan Manager SC PJ yang baru dan mula bertugas pada 1 Disember 2009. Beliau menyambut baik kehadiran CEC dan akan memberi sokongan penuh pada CEC.

Promosi Kejohanan Bowling CEC 2009, dijalankan serentak pada malam tersebut. Dan borang penyertaan diberikan kepada semua ahli CEC yang berminat. Antara yang hadir ialah :

1). Tomguyz
2). Mungo Chery
3). Reza
4). Enigma
5). Lanz
6). Mr Mama
7). Raden
8). Razail2u
9). Jebat7770
10). Asoi
11). Sabri98
12). Al-Fatih
13). Toofatz

Pihak CEC mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa dan memberi komitmen dalam program tersebut. Semuga apa yang dirancangkan pada program tersebut akan berjalan lancar dengan sempurna...Aminnnn.

Pengunjung boleh berkunjung ke Topik Galeri untuk melihat potrait yang telah dirakamkan pada malam tersebut.





12 December 2009

Maklum Balas Pemilik Chery Eastar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pemilik Chery Eastar yang ingin memberikan maklum balas tentang segala permasalahan Eastar anda atau tentang mutu perkhidmatan Pusat Servis, bolehlah memberi komen di url ini

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/senarai-kerosakan-masaalah-yang-telah-di-kenal-pasti-t58.htm

Terlebih dahulu anda perlu register sebagai ahli untuk membuat komen di ruangan tersebut. Kerjasama anda amat-amat diperlukan untuk kita kumpul dan membawa perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan.

Sekian, Harap Maklum.

08 December 2009

Road Show Ke Pusat Servis Chery Alado Di Kawasan Lembah Kelang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan-tuan yang dihormati semua,

Untuk makluman, pihak CEC akan mengadakan SESSI ROAD SHOW ke semua PUSAT SERVIS CHERY ALADO di kawasan LEMBAH KELANG pada :

Tarikh : 12/12/09, Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 5 Petang
Lokasi : SC PJ, SC PUCHONG, SC BATU CAVES, SC SEMENYIH dan SC SEREMBAN
Tempat Berkumpul : SC PJ

Tujuan Road Show ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan CEC dengan semua pihak pengurusan SC disamping memperkenalkan dan mempromosikan CEC kepada semua pemilik Eastar. CEC juga akan membuat promosi bagi Pertandingan Bowling CEC 2009 yang akan diadakan pada 9/1/10, Sabtu.

Kepada ahli CEC yang mempunyai kelapangan masa harap dapat turut serta dan memeriahkan lagi Sessi Road Show ini.

Daftar status kehadiran di link yang disediakan di bawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/road-show-ke-pusat-servis-chery-alado-di-kawasan-lembah-kelang-t97.htm

Nama :
No Phone :
Status Kehadiran :

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden pada 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856.

Sekian, harap maklum.

Warga Kerja CEC

04 December 2009

Tahniah Kepada Bro Moncheh

Kami warga kerja CEC ingin mengucapkan tahniah kepada Bro Moncheh kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ke-2 pada pagi tadi jam 6.35 am. Baby girl, seberat 3.27kg dan sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur. Dengan itu, kami doakan agar baby dan ibunya selamat dan sihat semuanya...Aminnn...

23 November 2009

Program TT di Restoran Kasih Bonde, Bandar Mahkota, Cheras, 21 November 2009

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, Program TT di Restoran Kasih Bonde, Bandar Mahkota, Cheras yang diadakan pada 21 November 2009 yang lepas berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Komitment yang diberikan oleh ahli-ahli CEC sungguh memberangsangkan termasuk 2 ahli baru CEC iaitu Bro Asoi (Shah Alam) dan Bro Iceman (Tasik Puteri, Rawang).

Program kali ini dikejutkan lagi dengan acara khas yang disediakan oleh pihak penganjur dengan mengadakan cabutan bertuah. Hanya mereka yang bertuah sahaja mendapat hadiah khas oleh pihak penganjur.

Perbincangan pada TT kali ini memfokuskan kepada 2 perkara utama iaitu :
1). Perjumpaan dengan pihak Chery Alado dan
2). Pertandingan Bowling anjuran CEC.

Perjumpaan Dengan Pihak Chery Alado

Hasil dari perbincangan yang dilakukan, pihak CEC akan mengadakan Sessi Ramah Mesra dan Bersua Muka dengan pihak Chery Alado yang akan diadakan dalam masa terdekat. Berkemungkinan akan diadakan pada hari Sabtu selepas sambutan Hari Raya Qurban yang akan datang. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak CEC dengan pihak pengurusan Chery Alado.

Pertandingan Bowling anjuran CEC

Pihak CEC juga akan mengadakan Pertandingan Bowling yang akan diadakan di Pandan Lake Club pada 2/1/2010 jam 9.30 pagi (tertakluk kepada perubahan). Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pemilik Chery Eastar. Hadiah yang ditawarkan berupa Piala Pusingan, Piala Iringan dan Hamper bagi tempat pertama hingga ketiga. Pihak CEC juga akan menyediakan peraduan mewarna bagi anak-anak peserta yang mana hadiahnya juga sangat menarik. Bro Safari merupakan Pengarah Projek dan dibantu oleh warga kerja CEC. Insya Allah, promosi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Diharapkan semua pemilik Eastar dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh CEC terutama Pertandingan Bowling ini.

Sekian Terima Kasih,
Warga Kerja CEC






Untuk potrait seterusnya sila ke Menu CEC Galeri.

17 November 2009

Sessi Suai Kenal dan TT di Restoran Bonda Cafe, Bandar Mahkota, Cheras

Dimaklumkan bahawa pihak CEC akan mengadakan perjumpaan TT dan sessi suai kenal seperti berikut :

Tempat : Restoran Bonda Cafe, Cheras, Selangor
Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)
Masa : Jam 10 malam (siapa nak datang awal pun boleh)

Agenda :
-Diskus Mengenai Telematch Bowling CEC.
-Diskus Mengenai Bersua Mata Dengan Pihak Chery Alado.
-Diskus Mengenai Aktiviti akan datang.

Sila daftar kehadiran anda pada link dibawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/daftar-kehadiran-tt-cec-pada-21-11-09-jam-10pm-bertempat-di-restoran-bonda-cafe-bandar-mahkota-cheras-t81.htm

Sekian, Harap Maklum.

02 November 2009

Program TT di Restoran BBQ & Steamboat, Sg. Buloh, 31 OKT 2009






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, program TT pada Sabtu malam yang lepas dijalankan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran ahli keluarga CEC. Program ini telah mengumpulkan 13 biji Eastar yang datang dari pelbagai tempat termasuk Kuantan dan Perak. Di samping makan-makan steamboat, kami juga berbincang mengenai aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Insya Allah, aktiviti terdekat yang akan diadakan oleh CEC ialah Konvoi Ke Johor Bharu, Johor. Tunggguuuuu....

Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan kepada Mr. Mama dan juga isteri serta anak-anak tersayang. Ada potong-potong kek lagi you...Yang tak tahan tu, aksi romatik Mr Mama bersama isterinya...Jealous you...

Apa-apa pun tahniah kepada semua kerana bersama-sama menjayakan program ini sehingga menjadi kenyataan. Semuga persahabatan dan persaudaraan antara ahli CEC sebegini dapat dikekalkan pada program yang akan datang.

Syabas untuk semua!!!

p/s : Sila ke topik CEC Galeri untuk melihat potrait seterusnya...