29 October 2009

Tahniah Kepada Bro Razail2u

Kami warga kerja CEC ingin mengucapkan tahniah kepada Bro Razail2u kerana telah dikurniakan cahaya mata pada petang semalam jam 4 pm. Dapat baby girl. Kami doakan agar baby dan ibunya selamat dan sihat semuanya...Aminnn...

Pembelian Sticker Banner CEC

Kepada semua pemilik Eastar yang ingin menempah sticker banner CEC boleh membuat tempahan awal dengan harga RM30 satu. Bayaran boleh disalurkan terus kepada akaun Bro Enigma iaitu 112362067562 - Maybank - Nasri Zulfakar. Sila sms no. rujukan pembayaran atau bukti pembayaran kepada Bro Enigma di 019-2142131.


27 October 2009

Sessi Suai Kenal dan TT di Restoran Steamboat, Sungai Buloh

Dimaklumkan bahawa pihak CEC akan mengadakan perjumpaan TT dan sessi suai kenal seperti berikut :

Tempat : BBQ & Steamboat Buffet (Sg Plong/Kuang/Paya Jaras/Sg Buloh)
Tarikh : 31 October 2009 (Sabtu)
Masa : Jam 8 malam(siapa nak datang awal pun boleh)


Agenda :Post-mortem Majlis hari raya perdana CEC dan Program Main Bowling.

Dinyatakan akan terdapat aktiviti bersama pada masa itu tetapi akan dimaklumkan oleh tuan nya sendiri, pihak CEC menjemput semua pemilik Eastar yang kelapangan masa untuk turut serta memeriahkan lagi perjumpaan ini.

JANGAN LUPA BAWA DUIT BELI STICKER BANNER CEC RM:30.00.

Dewasa 12tahun sehingga 100 tahun = RM18.00 (harga lama RM15.90)
Kanak-kanak 5 tahun sehingga 11 tahun = RM8.00
Dibawah 5 tahun = Percuma


Pendaftaran dibuka sekarang, daripada pendaftaran yang dibuka sehingga 30hb Oct 2009 kita akan cuba mendapatkan diskaun daripada pemilik tersebut, diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa bagi perjumpaan akan datang.

Sila daftar kehadiran anda pada link dibawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/bbq-tt-di-steamboat-pada-31-10-2009-happy-birthdayyyyyyyy-t72.htm

Semoga perjumpaan kita pada masa akan datang ini lebih lancar, ceria dan diberkati Allah SWT, Insyaallah.

Selamat Datang Ke Chery Eastar Club...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pengunjung yang dihormati,

SELAMAT DATANG KE BLOG CHERY EASTAR CLUB!!!

Kami pihak pengurusan CEC ingin mengalu-alukan kehadiran semua pemilik Eastar di seluruh dunia ke blog CEC ini.

Untuk pengetahuan semua, Chery Eastar Club (CEC) telah diwujudkan pada 30 Julai 2009 oleh pemilik-pemilik Chery Eastar untuk membentuk satu kumpulan besar dalam memberi sokongan dan promosi terhadap kenderaan MPV ini. Secara tidak langsung CEC akan bertindak sebagai duta bagi menarik minat orang ramai untuk memiliki kenderaan MPV ini. Kami juga telah mengadakan beberapa aktiviti sebelum ini seperti :

1). Majlis Berbuka Puasa CEC, Di Restoran Kembangan Paradise, Seri Kembangan,
2). Perjumpaan Di Restoran Upin Dan Ipin, Shah Alam
3). Program Konvoi CEC ke SC Kuantan, Pahang
4). Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CEC, Kondominium Desaminium Rimba,
Seri Kembangan.

Semua pengunjung boleh melihat potrait aktiviti kami di topik CEC Galeri.

Memandangkan Chery Eastar Club baru diwujudkan dan belum mempunyai dana kewangan dalam melakukan sebarang aktiviti. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini adalah tanggung sendiri setiap pemilik Eastar.

Penubuhan blog ini adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat dan gambar-gambar sebagai input dalam memvariasikan kereta semua pemilik dan bakal pemilik Chery Eastar.

Semua pengunjung juga boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta maklumat dengan semua pemilik Eastar di dalam topik CEC Forum.

Hala tuju kami adalah jelas untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua pemilik dan bakal pemilik Chery Eastar tanpa mengira bangsa, warna kulit dan fahaman politik.

Kami berharap dengan adanya blog CEC ini, semua pengunjung mendapat sedikit sebanyak manfaat dalam mencari maklumat dan info mengenai Chery Eastar.

Sekian Terima Kasih,

Warga Kerja CEC