29 December 2009

Sessi TT CEC Dengan Bro Hitrun Dari Singapura 19/12/09

Alhamdulillah ...kehadiran saudara kita Bro Hitrun dari Singapore mengeratkan lagi silaturahim dua negara ...disamping berkongsi pengalaman ...pahit dan manis Chery Eastar....

1st TT 5pm - 7pm :

Mr Mama
Enigma4646
Hitrun
Reza

Lokasi Pelita Subang Jaya

2nd TT 8.30pm - 11pm

Hitrun
Reza
Mr Mama
Enigma4646
Jebat
Raden

Lokasi Bun D Amuk Restoran Seksyen 7 Shah

Tq Mr Mama dan Hitrun kerana sudi open table untuk kami yang tak dapat bonus lagi ....hu hu .....

Sekalung Tahniah pada saudara Hit .......You Rock Bro !!!





Perjumpaan Wakil CEC Dengan CCK, Di Perkarangan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

Alhamdulillah, pada 18/12/09 Jumaat malam, CEC telah melebarkan sayapnya ke negeri Cik Siti Wan Kembang dengan kehadiran wakil CEC iaitu Bro Lanz untuk bersua muka dan beramah mesra dengan Club Chery Kelantan. Program ini diadakan di perkarangan Stadium Muhammad ke IV. Sessi taklimat diberikan oleh wakil CEC, Bro Lanz untuk semua ahli kelab. Pihak Club Chery Kelantan, yang diterajui oleh En Rosli bersetuju untuk bernaung dibawah CEC dengan nama baru CECKel…Sebanyak 19 buah EASTAR dapat dikumpulkan dalam sessi tersebut. Ini adalah hasil usaha bersama antara CEC n CECKel.

PERJUMPAAN TT DI KB YANG BERJAYA MENGUMPULKAN SERAMAI 19 PEMILIK EASTAR :
1)Wan sublai wam omar
2)Mohd asri junus
3)Azman saat
4)Shabarudin hassan
5)Mohd annuar
6)Mohd saberymohd yusuf
7)Wan nor hashim wan noh
8)Rosman majid
9)Abdullah mohd yassin
10)Rahim mamat
11)Roslan cg
12)Nuzul shukri
13)Mohd hamdi ibrahim
14)Sy Nafaiz jamalullail
15)Mohd sabri mohd noor
16)Wan marzuki mohammad
17)Zulfadli mohd
18)Abdul aziz mohd zain
19)Norhisham mohammad






15 December 2009

KEJOHANAN BOWLING CEC 2009/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua pemilik Eastar, pihak CEC akan menganjurkan KEJOHANAN BOWLING CEC 2009/2010 pada tempat dan masa seperti dibawah ini :

Agenda : PERTANDINGAN BOWLING CEC 2009/2010
Tempat : Pandan Lake Club, Pandan Perdana, KL
Tarikh : 9 Januari 2010
Masa : 9.30 Pagi
Yuran Penyertaan : RM35 (Tshirt Kolar + Bowling 3 Game + Makan)
Penyertaan : Kepada semua pemilik Eastar

Hadiah :

Johan : Piala Pusingan, Piala Iringan dan Hamper
N. Johan : Piala Iringan dan Hamper
Tempat Ketiga : Piala dan Hamper
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hamper

Syarat-syarat Pertandingan :
1). Semua pemilik Eastar, SC dan Chery Alado.
2). Tiada had umur.
3). Berpasangan - Suami Isteri amat digalakkan. Jika tiada pasangan, pihak penganjur akan cabut undi bagi menentukan pasangan masing-masing.
4). Tarikh tutup penyertaan 25/12/2009 (tertakluk kepada perubahan)
5). Pembayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup.
6). Makan Minum disediakan.
7). Tshirt kolar akan diberikan kepada semua peserta dan hendaklah memakainya ketika pertandingan diadakan.

Pihak penganjur juga akan mengadakan Pertandingan Mewarna untuk anak-anak peserta yang mana hadiah hanya untuk 3 tempat teratas iaitu Johan, N. Johan dan tempat ke-3. Ketiga-tiga hadiah tersebut merupakan hamper. Anak-anak peserta hanya perlu membawa pensil kaler sekiranya ingin menyertai pertandingan tersebut. Peraduan mewarna ini ada dibahagikan kepada 2 kategori:

1). Umur 8 tahun - 12 tahun
2). Umur 3 tahun -7 tahun

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pertandingan bowling ini, sila isi format dibawah ini di http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/pertandingan-bowling-cec-2009-t88.htm :

Nama :
No. Phone :
Bil. penyertaan (Bowling) :
Bil. penyertaan (Mewarna) :
Saiz Tshirt :

atau dapatkan borang penyertaan di Pusat Servis yang berhampiran pada 12 Disember 2009.

Sebarang pembayaran boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah CEC iaitu 162254703049 (Maybank) atas nama Hassan Adli Othman dan sila sms bukti pembayaran ke 019-6000 252 atau email ke hassanadlio@gmail.com.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856

Sekian, terima kasih.

Warga Kerja CEC

14 December 2009

Program TT di Restoran Old Boy, Bandar Puteri, Puchong - 12/12/09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada malam Sabtu yang lepas, program TT CEC telah diadakan di Restoran Old Boy, Bandar Puteri, Puchong yang mana kehadiran sungguh memberangsangkan. Tuan rumah program TT kali ini ialah Tomguyz n Reza. Sponsor minuman pada malam itu ialah Bro Mungo Chery yang begitu steady sekali. TT kali ini dihadiri oleh 2 bakal pemilik Eastar iaitu Al-Fatih dan Toofatz yang akan membeli Eastar melalui agen CEC Management & Services. Ini adalah pertama kali berjumpa dengan Tomguyz, Mungo Chery dan Sabri walaupun selalu berborak di dalam forum.

Perbincangan pada malam itu lebih kepada permasalahan yang dihadapi oleh ahli CEC. Dan kita memberi makluman kepada semua mengenai maklum balas dari Manager SC PJ, Mr Lim tentang surat komplen CEC kepada pihak Chery Alado. Mr. Lim merupakan Manager SC PJ yang baru dan mula bertugas pada 1 Disember 2009. Beliau menyambut baik kehadiran CEC dan akan memberi sokongan penuh pada CEC.

Promosi Kejohanan Bowling CEC 2009, dijalankan serentak pada malam tersebut. Dan borang penyertaan diberikan kepada semua ahli CEC yang berminat. Antara yang hadir ialah :

1). Tomguyz
2). Mungo Chery
3). Reza
4). Enigma
5). Lanz
6). Mr Mama
7). Raden
8). Razail2u
9). Jebat7770
10). Asoi
11). Sabri98
12). Al-Fatih
13). Toofatz

Pihak CEC mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa dan memberi komitmen dalam program tersebut. Semuga apa yang dirancangkan pada program tersebut akan berjalan lancar dengan sempurna...Aminnnn.

Pengunjung boleh berkunjung ke Topik Galeri untuk melihat potrait yang telah dirakamkan pada malam tersebut.





12 December 2009

Maklum Balas Pemilik Chery Eastar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pemilik Chery Eastar yang ingin memberikan maklum balas tentang segala permasalahan Eastar anda atau tentang mutu perkhidmatan Pusat Servis, bolehlah memberi komen di url ini

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/senarai-kerosakan-masaalah-yang-telah-di-kenal-pasti-t58.htm

Terlebih dahulu anda perlu register sebagai ahli untuk membuat komen di ruangan tersebut. Kerjasama anda amat-amat diperlukan untuk kita kumpul dan membawa perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan.

Sekian, Harap Maklum.

08 December 2009

Road Show Ke Pusat Servis Chery Alado Di Kawasan Lembah Kelang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan-tuan yang dihormati semua,

Untuk makluman, pihak CEC akan mengadakan SESSI ROAD SHOW ke semua PUSAT SERVIS CHERY ALADO di kawasan LEMBAH KELANG pada :

Tarikh : 12/12/09, Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 5 Petang
Lokasi : SC PJ, SC PUCHONG, SC BATU CAVES, SC SEMENYIH dan SC SEREMBAN
Tempat Berkumpul : SC PJ

Tujuan Road Show ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan CEC dengan semua pihak pengurusan SC disamping memperkenalkan dan mempromosikan CEC kepada semua pemilik Eastar. CEC juga akan membuat promosi bagi Pertandingan Bowling CEC 2009 yang akan diadakan pada 9/1/10, Sabtu.

Kepada ahli CEC yang mempunyai kelapangan masa harap dapat turut serta dan memeriahkan lagi Sessi Road Show ini.

Daftar status kehadiran di link yang disediakan di bawah ini :

http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/road-show-ke-pusat-servis-chery-alado-di-kawasan-lembah-kelang-t97.htm

Nama :
No Phone :
Status Kehadiran :

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden pada 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856.

Sekian, harap maklum.

Warga Kerja CEC

04 December 2009

Tahniah Kepada Bro Moncheh

Kami warga kerja CEC ingin mengucapkan tahniah kepada Bro Moncheh kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ke-2 pada pagi tadi jam 6.35 am. Baby girl, seberat 3.27kg dan sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur. Dengan itu, kami doakan agar baby dan ibunya selamat dan sihat semuanya...Aminnn...