30 April 2012

CHERY EASTAR CLUB Berjaya Menawan Bukit Broga!!

Pada 7 April lepas, seramai 20 org ahli CEC bersama keluarga telah berjaya menawan puncak Broga di Semenyih, Kajang...Kami mula berkumpul di Masjid Semenyih seawal jam 6am, selepas solat bejemaah, kami tiba di kaki bukit jam 630am, dan teruskan mula pendakian. Kami berjaya tiba di puncak pada jam 7am setelah bersesak2 mendaki krn dianggarkan terdapat 200 pendaki lain pada masa sama....mmg amat mencabar...




Sesi Bergambar Sebelum mendaki Broga Hills..
KAMI BERJAYA BUKTIKAN...CEC TERBAIK!!!

apa la agaknya sedang dibincangkan...



Setelah menikmati keindahan alam ciptaan Allah...kami berangkat turun pada jam 915am, dan seterusnya terus konvoi ke Tmn Sri ramal, kajang bg menikmati sarapan pagi di sebuah rumah sorang ahli CEC, iaitu Along_hisyam..yg juga merupakan Pengarah Projek Broga CEC.

 
Majlis penutup aktiviti Broga telah dijayakan oleh Advisor kita Bro Sue semasa sesi sarapan di Sg Ramal.
Akhir kata, terima kasih diatas komitment semua dan semoga pada masa akan datang, kita akan adakan lagi aktiviti seperti ini..
Penutup bicara hari ini, nikmatilah video di Broga...edited by Galaxy Note by Pengarah Projek Broga CEC!
Along_hisyam CEC181








01 April 2012

RIADAH CEC MENAWAN PUNCAK BROGA!!!

Assalamulaikum,..salam satu CEC!!!

Sebelum patah kata menyusun bicara....kita layan duluuuuuuuuuuuuuuuuuu... Laughing


Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

memiliki ketinggian sederhana 400meter (1280kaki) dr paras laut...menjadi kegilaan kaki fotographer...




keindahan saat mentari muncul di subuh hari...


maupun saat mentari bersalih bulan..di ufuk senja..




pernah memahat sejarah buat dua mempelai....

malah amat sesuai utk mengeluarkan kolestrol dan lemak dlm pembuluh darah....

berminat.?? .saya sedia membawa anda mengapai impian anda...HANYA DI CEC ...

JAMINAN SAYA.. akan berkurangan...
kami aturkan segalanya...

CEC mempersembahkan...acara pembuka APRIL 2012...
Program : Riadah CEC Menawan Puncak Broga!!!!
Bagi merialisasikan impian bagi yg tidak pernah menawan bukit ini....jgn lepaskan peluang ini..


Objektif: Ibadat Riadah, Senaman, kesihatan, Silaturahim, menikmati kebesaran dan mengAgungkan ciptaan Allah.
( jika ingin melihat keindahan matahari terbit, dinasihatkan mula mendaki seawal 0630am)

Tarikh: 7 April 2012 (Sabtu)
TIADA BAYARAN DIKENAKAN UTK PENDAKIAN INI.
cuma bayaran parking kereta RM2.


Tentatif:

BERKUMPUL??? 

- lokasi  ialah di Masjid Raja Muda Musa Semenyih SEMUA KENA TERUS  kumpul di masjid semenyih sebelum 0600am..dan solat di masjid nih.
TAG BERHAMPIRAN MASJID: Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih di belakang masjid ini.

(Masjid Raja Muda Musa, Semenyih)


0620am: dijangka smpai di kaki bukit broga. sesi taklimat ringkas..dan terus mendaki..
0645am: dijangka smpai ke puncak Broga

dah sampai tu....XTVT BEBAS.....

0900am: berangkat turun ke base camp.
0930am: berkumpul di parking base ( time turun ni biasanya 15-20mnt je mendaki turun) dgn kelajuan 15km/j...hahahah
dan kita akan bersarapan pagi bagi menambah balik kalori yg telah dibakar semasa mendaki..lokasi akan diberitahu kemudian.

1030am : majlis bersurai.

sedikit info kesana,
1.Ikut SILK, straight saja. Ini MAP. (credit to http://www.manmeng.net/blog/2009/02/26/travel-broga-hill/) Kasi tengok.
2.Kaki bukit tempat nak naik adalah ladang kelapa sawit. Bertentangan dia ladang rebit/arnab.
3.Kalau nampak Universiti Nottingham tu, terus saja, sampai jalan jadi kecik dan nampak ladang arnab belah kanan. Kiri anda, pintu masuk. kopem korang jumpa sbb mmg berpuluh keter dah smpai sana seawal 5am lg..bas2 pun bnyk...


Untuk naik kesana,- Pakai trek suit, jeans pun boleh jer...tp, jk jeans siam..tak jamin la...
- Pakai kasut. Kalau terer pakai la selipar. Sapa tah ajar naik bukit pakai selipar ha? jk sandal oklah juga...
- Bawak air kalau tanak kekeringan diatas bukit. Atas tu takde kedai mamak..sekurangnya 1 tin 100plus dan 1 botol kecik mineral. Jk tak cukup, ada dijual di kaki bukit..harga sendiri mau ingat la..
- Buang ape yang patut sebelum naik. Atas tu takde jamban!!!
- Sampah sila kutip balik. Jangan mengada buang botol/tin air atas bukit tu. Kata panjat bukit nak menikmati keindahan alam.
- Kasi stamina la sikit sebelum pegi. Ini bukan bukit memain. Tinggi dowh. 30 menet hiking. ade brani??
- Makan dulu sebelum hiking. walaupun sebiji kurma..Takde tenaga kang kaput ditengah jalan..takde stracher disediakan.
- Jangan cakap besar dalam hutan/semak.
- Kalau isap rokok jangan buang putung rokok yang still menyaler ikot dan. Tebako lalang tu jadi mcm aku pegi haritu.
- Bawa apa yang patut saja. Tak perlu bawa mak nenek komputer semua naik atas tu. Lens pulak bawak yang perlu saja. Buat berat badan je nak angkut..baju ke apa tak perlu, bukan ada swimming pool kat atas tu...
- Solat jangan tinggal. Yela, kau nak pi mentakab pon sama la. Apetah lagi Broga..


Oklah itu saja. Selamat datang ke Broga Hill.

yang menjalan kan tugas

along_hisyam
CEC 181- Pengarah Projek Riadah CEC - Broga Edisi Pertama
0193838274