12 October 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA KELAB CHERY EASTAR (CEC)

Bulan Syawal merupakan bulan yang begitu sinonim dengan bulan Rumah Terbuka. Dewasa ini, Jamuan Rumah Terbuka telah menjadi satu tradisi bagi seluruh rakyat di Malaysia termasuklah jabatan kerajan, korporat, kelab-kelab dan persatuan.

Bagi Kelab Chery Eastar atau ringkasnya CEC yang baru berusia setahun lebih, Majlis Rumah Terbuka kali ini merupakan kali yang kedua dan menjadi acara tahunan untuk ahli-ahlinya yang seramai 200 orang.

Tujuan majlis ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli dan juga memberi peluang kepada ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama untuk mengenali antara satu sama lain terutama mengenali ahli-ahli keluarga masing-masing. Dengan adanya menu tradisi seperti lemang dan rending, menu yang lazim seperti satay dan bihun serta buah-buahan, suasana sambutan rumah terbuka CEC pada hari itu sungguh meriah dan menceriakan seluruh keluarga ahli CEC yang hadir.

Sebanyak 36 buah MPV Chery Eastar telah menyertai Majlis Rumah Terbuka CEC pada tahun ini yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Desaminium, Seri Kembangan pada 25 September 2010 yang lalu. Kebanyakannya datang dari sekitar Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Pahang. Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran wakil dari pihak Chery Alado, En Muhamad Nasrul Hadi dari Bahagian Khidmat Pelanggan, dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM), En Abdol Alim Yaacob iaitu Pengurus Besar Bahagian Sokongan Teknikal yang telah dijemput khas oleh pihak CEC.

Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Presiden CEC, En Ridhoan Mat Lazim yang mana beliau memberi penerangan sejarah penubuhan CEC dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun ini di antaranya Majlis Berbuka Puasa, Konvoi KL - Kelantan, Lawatan Ilmu ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, Aktiviti Riadah Keluarga Hutan Lentang, Konvoi Amal & Kebajikan Kpg Pengkalan Pandan, Kemaman, Hari Keluarga CEC Tok Bali, Kelantan dan lain-lain aktiviti berasakan kekeluargaan. Pada bulan 3, 4 & 5 Disember 2010 yang akan datang, CEC akan menganjurkan satu lagi program yang lebih besar dan utama dalam Kalendar CEC iaitu Perhimpunan Pemilik Chery Eastar 2010 bertempat di De Rhu Resort, Kuantan.

En Nasrol yang mewakili pihak Chery Alado mengucapkan tahniah diatas penubuhan Kelab Chery Eastar dan berharap CEC dapat menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan memberi maklum balas serta maklumat mengenai MPV Chery Easter ini. Ia sememangnya sejajar dengan objektif penubuhan CEC di mana sasaran kelab adalah untuk menjadi pusat pengumpulan maklumat setempat bagi pemilik Chery Eastar.

Bagi En Abdol Alim Yaacob yang mewakili pihak AAM menucapkan terima kasih kepada CEC kerana di atas jemputan ini mereka dapat mengadakan serta mempromosikan satu program kerjasama di antara pihak Chery Alado dan AAM iaitu Kad Chery – AAM. Kedua-dua pihak telah menawarkan harga diskaun dan pemberian hadiah istimewa bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Kad Chery – AAM pada majlis tersebut.

Majlis Rumah Terbuka CEC ini berakhir dengan amalan tradisi Aidil Fitri iaitu sesi pemberian duit raya oleh Presiden dan AJK Pengurusan CEC kepada semua anak-anak ahli CEC serta sesi bergambar kenangan bersama semua ahli keluarga CEC. Pihak Pengurusan CEC juga berharap dengan adanya majlis sedemikian dapat menarik lebih ramai lagi pemilik Chery Eastar diluar sana untuk bersama-sama menyertai sebagai ahli CEC. Untuk maklumat lanjut mengenai CEC boleh layari blog di http://cheryeastarclub.blogspot.com atau forum http://cheryeastarclub.forumotion.com/