13 July 2010

CE OWNER ANNUAL GATHERING, DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN, 3-5 DISEMBER 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua ahli CEC dan pemilik Chery Eastar, pihak CEC akan menganjurkan satu program kekeluargaan untuk mengumpul semua pemilik Chery Eastar di seluruh negeri dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah sesama kita. Kami juga mengalu-alukan mana-mana kelab Chery Eastar lain untuk sesama menyertai dan memeriahkan lagi program tersebut.

Butiran program adalah seperti dibawah ini :

Lokasi Program : DE RHU BEACH RESORT, KUANTAN
Tarikh : 3 - 5 Disember 2010 ( 3 Hari 2 Malam)

Bayaran : RM400/CE termasuk buffet tengahari dan malam.
Tarikh akhir bayaran : 30 September 2010

Antara program yang akan diadakan ialah :

- Sessi Ramah Mesra
- Sukaneka kanak-kanak n dewasa
- Program bersama anak-anak yatim
- Penerangan khas dari Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Polis
- Sessi bersantai di Tanjung Lumpur - makan satar
- Grand Dinner dan Lucky Draw
- Karaoke

Hadiah Utama Cabutan Bertuah :

1x hadiah percutian 3 hari 2 malam di dalam Malaysia bagi pemenang. Hotel rangkaian Swiss Garden ataupun Legend bernilai lebih RM500.00.

Antara pihak media yangakan kita jemput ialah berita harian, sinar harian,Bernama TV, Majalah Hypertune dan utusan malaysia....Program ini juga merupakan program penutup tirai 2010 dan InsyaAllah akan dijadikan acara tahunan CEC....

Aturcara program akan disusuli kemudian.

Pihak CEC juga akan berusaha untuk mendapatkan sponsor daripada pihak-pihak tertentu bagi mengurangkan lagi kos-kos yang terlibat didalam program ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini, harap dapat membuat pendaftaran dengan memberi butiran seperti berikut :

Nama :
No Phone :
Bil. Ahli Keluarga :
Status Kehadiran :
Status payment :

Segala pembayaran hendaklah dibayar ke akaun CEC Management n Services Maybank - 5621 4271 4836 sila SMS kepada sue5001 selepas membuat pembayaran - 012 3221102 simpan resit untuk rujukan/semakan jika di perlukan. Segala kerjasama dari semua ahli CEC dan semua pemilik Chery Eastar amatlah kami alu-alukan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Raden - 019-6000 252
Mr Mama - 019-2625856
Kzrul - 018-2335661
Bro Sue - 012-2401150

Sekian terima kasih,

Radenumar,
Setiausaha CEC