11 May 2010

Konvoi CEC ke Kuala Gandah Elephant Conservation Centre, Lanchang, Pahang, Sabtu (8/5/2010)

Fuhhhh...memang seronok giler dapat bersama-sama konvoi ke Kuala Gandah menziarahi gajah2 yang yatim piatu dan cacat...mengeratkan lagi silaturrahim antara manusia ngan manusia dan manusia ngan gajah....Sungguh berbaloi2 trip kali ini sebab dapat tambah ilmu mengenai raksasa gajah ini...

Apa yang sye dapat info, kat ECC nie ada 19 ekor gajah yang mana terdiri dari gajah yatim dan cacat. Ada gajah yang ekornya putus sebab dibaham harimau semasa umurnya 3 bulan. Ada gajah yang kudung kaki disebabkan kena jerangkap samar pemburu haram. Ada gajah yang ditinggalkan oleh mak bapaknya, sebab leka main sorok2, tengok2 mak bapak gajah tu dah takde....Yang paling best, ada gajah kat situ namanya CHERY...hahahahha...macam tau2 jea CEC nak datang melawat dia...

Tabiat gajah nie, suka mengoyangkan badannya...ala2 tarian Pocho-Pocho gitu...ada sebabnya gajah tu buat tarian Pocho-Pocho, antara sebabnya ialah menunjukkan bahawa gajah tu sihat, kalau gajah tu tak buat tarian pocho-pocho tu bermakna something wrong la gajah tu, maybe deman, selsema atau kena H1N1...heheheheh....selain itu juga, goyangan gajah itu juga akan membuat pengaliran darah dalam badan gajah menjadi lancar dan mengeluarkan haba panas dalam badan gajah itu sendiri...ini bermakna gajah pun buat exercise tiap2 hari, kalau kita pun tak exercise maka kita nie lebih teruk la dari gajah....hahahhahaah....

Gajah juga memang kaki melantak makanan..letak la satu lori makanan pun mesti habis dimakannya...sebab tu takleh bg gajah banyak2 nanti tak terlarat nak menanggung kos makanannya...Gajah akan berak 4 jam selepas dia makan sebab sistem penghadaman dalam perutnya terlalu ringkas tak macam manusia....dan tahi gajah itu boleh dimakan oleh binatang lain pula....Antara makanan favouritenya ialah papaya, tembikai, pisang, tebu dan batang pisang....Gajah juga kuat minum air, satu hari 70 liter....Gajah paling tua yang berada disana berumur 72 tahun yang berasal dr India, kedua 36 tahun berasal dari Myanmar.....Kos makanan untuk gajah2 disana puratanya RM100 seekor satu hari, jd kalau dah 19 ekor bermakna RM1900 satu hari....Gajah pun ada jadual kehidupannya setiap hari. Kalau kekawan nak tau gajah dinner kul 3.15 petang, selepas tu gajah2 semua akan lepak n borak....

Gambar dibawah ini menggambarkan segala-galanya mengenai trip ini...















05 May 2010

Hari Keluarga CEC Kelantan

Salam 1 Malaysia kepada semua CEC

Pertama sekali kawe nak ucapkan rasa syukur alhamdulillah kerana semua perancangan dalam Hari Keluarga CEC Kelantan dapat berjalan dengan jayanya.

Bermula pada hari Jumaat lagi, kami berkumpul untuk bergerak bersama-sama ke Tok Bali secara konvoi. setelah chek-in lebih kurang, kaum bapa bersiap untuk berjumaat. Aktiviti petang itu bermula lebih kurang 4 petang apabila beberapa orang anak-anak ahli CEC mula tidak sabar-sabar untuk bermain kolam. Aktiviti itu berterusan sehingga maghrib apabila masing-masing mula masuk bilik untuk aktiviti malam pula.

Dalam masa lebih kurang pukul 9 malam kita mulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan abeaziz. Acara pada malam itu bermula dengan pakaian beragam untuk kanak-kanak dengan diselang-seli karaoke sambil makan-makan BBQ. Selain BBQ ayam dan ikan yang di cicah bersama air asam dan sambal kicap lada ada juga nasi goreng kampung yang cukup enak, keropok, sayur campur goreng, coslow dan salad sayur-sayuran.

Selepas selesai acara kanak-kanak. Kita bermula dengan karaoke habis-habisan. Ada irama rock, balada, pop yeh-yeh dan dangdut sampai jam 12.00 tgh malam.

Keesokan hari, iaitu pagi tadi acara sukaneka. Kawe rasa sukanneka yang cukup meriah dengan penglibatan hampir semua anak-anak CEC termasuk CEC sendiri. Tak kering gusi melaihat telatah anak-anak berlumba mengisi air dalam botol. Tapi yang terseronok sekali ialah acara dewasa yang mana acara seperti lari dalam guni, cak kekok kaki ayam, berebut kerusi dan baling belon berisi air. Ada yang ahli CEC pada mulanya agak malu-malu untuk menyertai tapi bila masuk sekali, dia pulak juara.

Acara sukaneka berakhir pada jam 11 pagi dengan acara pemberian hadiah dan hamper kepada semua yang hadir.

Check-out pada jam 1.30 - 2.00 ptg. Muka anak-anak masing-masing telah berubah gelap kerana selepas sukaneka, mereka semua mandi kolam sekali lagi termasuk kawe sekali. Lepas geram tengok budak terjun buat samasot.

sekian dahulu. akan ada ulasan secara detail selepas ini terutama semasa karaoke dan sukaneka. termasuk gambar sekali. Tungguuuu.

Masuk paper sinar harian....