05 May 2010

Hari Keluarga CEC Kelantan

Salam 1 Malaysia kepada semua CEC

Pertama sekali kawe nak ucapkan rasa syukur alhamdulillah kerana semua perancangan dalam Hari Keluarga CEC Kelantan dapat berjalan dengan jayanya.

Bermula pada hari Jumaat lagi, kami berkumpul untuk bergerak bersama-sama ke Tok Bali secara konvoi. setelah chek-in lebih kurang, kaum bapa bersiap untuk berjumaat. Aktiviti petang itu bermula lebih kurang 4 petang apabila beberapa orang anak-anak ahli CEC mula tidak sabar-sabar untuk bermain kolam. Aktiviti itu berterusan sehingga maghrib apabila masing-masing mula masuk bilik untuk aktiviti malam pula.

Dalam masa lebih kurang pukul 9 malam kita mulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan abeaziz. Acara pada malam itu bermula dengan pakaian beragam untuk kanak-kanak dengan diselang-seli karaoke sambil makan-makan BBQ. Selain BBQ ayam dan ikan yang di cicah bersama air asam dan sambal kicap lada ada juga nasi goreng kampung yang cukup enak, keropok, sayur campur goreng, coslow dan salad sayur-sayuran.

Selepas selesai acara kanak-kanak. Kita bermula dengan karaoke habis-habisan. Ada irama rock, balada, pop yeh-yeh dan dangdut sampai jam 12.00 tgh malam.

Keesokan hari, iaitu pagi tadi acara sukaneka. Kawe rasa sukanneka yang cukup meriah dengan penglibatan hampir semua anak-anak CEC termasuk CEC sendiri. Tak kering gusi melaihat telatah anak-anak berlumba mengisi air dalam botol. Tapi yang terseronok sekali ialah acara dewasa yang mana acara seperti lari dalam guni, cak kekok kaki ayam, berebut kerusi dan baling belon berisi air. Ada yang ahli CEC pada mulanya agak malu-malu untuk menyertai tapi bila masuk sekali, dia pulak juara.

Acara sukaneka berakhir pada jam 11 pagi dengan acara pemberian hadiah dan hamper kepada semua yang hadir.

Check-out pada jam 1.30 - 2.00 ptg. Muka anak-anak masing-masing telah berubah gelap kerana selepas sukaneka, mereka semua mandi kolam sekali lagi termasuk kawe sekali. Lepas geram tengok budak terjun buat samasot.

sekian dahulu. akan ada ulasan secara detail selepas ini terutama semasa karaoke dan sukaneka. termasuk gambar sekali. Tungguuuu.

Masuk paper sinar harian....







No comments:

Post a Comment