03 February 2010

Sepetang Bersama Wakil CEC Sabah, Bro Khaza, Isnin 1/2/2010

Pada hari Isnin yang lepas, kami berkesempatan mengadakan TT dengan wakil CEC Sabah iaitu Bro Khaza yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur untuk mengadakan beberapa perbincangan bagi meluaskan lagi sayap CEC ke tanah Borneo. Perbincangan ini melibatkan otai2 CEC KL iaitu Bro Lanz, Enigma464, Raden dan Toofazt. Kami juga bertukar2 pendapat dan pengalaman dalam mengendalikan Chery Eastar ini. Chery Eastar di Sabah masih lagi kurang. So, kami terpaksa membuat beberapa perancangan dalam mengumpulkan semua pemilik Eastar untuk mengadakan TT. Tugas ini kami serahkan kepada kebijaksanaan Bro Khaza dalam menarik pemilik Eastar di Sabah untuk bersama-sama dengan CEC. Sessi TT ini berakhir pada pukul 8.15 malam. Semuga ramai lagi pemilik di luar sana dapat turut serta menyertai CEC....




Konvoi ke Gemencheh dan Gemas, Ahad, 31/1/10

Fuuuhhhh...memang best la konvoi ke Gemenchec n Gemas Ahad lepas...dari KL 3 buah CE jea, Raden, Abg mad n Castello...Mula2 gi majlis aqiqah Bro Moncheh,sungguh meriah sekali ngan laungan Marhaban dr org2 kampung situ, menu memang supeerrrb...ada kambing lagi tu....Lepas tu bertolak ke Majlis Kahwin adik ipar Lanz di Gemas...meriah juga, siap ada karaoke lagi tu...Nasib baik la Lanz tak nyanyi...kalau tak mau tak balik lagi nih...pastu ziarah lak ke rumah Mertua Bro Asoi di Kg Tenai....dalam perjalanan ke rumah mertua asoi, singgah makan durian di tepi jalan...fuhhhh superrrb...durian kampung, RM3.50/kg...belasah 6 biji...Lanz kita belanja sesambil lobi untuk Presiden...heheheh....Trima kasih Lanz...Sampai kat umah mertua asoi, minuman dah tersedia...minuman sejuk n panas...makan lak buah rambutan...fuhhhh...memang berbaloi2 ari ni konvoi ke gemencheh n gemas....Anak2 seronok dok main ramai2, siap kejar anak ayam lagi tuh...kecik kepala anak2 ayam asoi....hahahaah...pastu gi tengok kawasan Istana Bunian bersama mertua Asoi...Misteri Nusantara......kul 5 ptg bertolak balik kl....pastu TT lak kat RnR Seremban....Sampai umah kul 8.15 mlm td...kenangan manis bersama otai CEC....Trima kasih banyak2 pd Moncheh, Lanz, dan Asoi di atas segala2nya....

Potrait yang sempat dirakamkan Konvoi Ke Gemenceh n Gemas :









Perjumpaan CEC Kel Di Hadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu 29/1/10

Perjumpaan CEC Kel kali ke-4 ini telah diadakan di dataran Masjid Muhammadi, berhadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu dengan kehadiran sebanyak 7 buah Eastar. Antara perbincangan yang telah diadakan ialah mengenai persiapan Konvoi CEC Ke Kota Bharu, baju rasmi CEC Kel dan perkara-perkara berbangkit.