09 March 2010

FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR , 13/2/2010

Syukur Alhamdulillah kerana program FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR, KL-PAHANG-TERENGGANU-KELANTAN telah selesai dengan sempurna. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini terutama pihak CEC Kelantan yang diterajui oleh Abe Aziz dan rakan-rakan. Tidak lupa juga kepada pihak penaja seperti Sweet Beach Resort yang memberi harga istimewa untuk bilik penginapan, tempat BBQ siap khemah lagi, bilik karaoke percuma dan kemudahan lain. Tidak lupa juga kepada En Yuzaidee, Pengurus Syarikat Wan Intiaz Enterprise (Dealer Chery Alado) yang menyediakan makan tengahari untuk semua peserta konvoi.

Kami juga berkesempatan untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Showroom Chery Alado yang mana dimiliki oleh syarikat Wan Intiaz Enterprise. Perasmian ini disempurakan oleh Pengarah Mara Kelantan, Dato' Abdul Rahim.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang berada di Kota Bharu yang akan diseliakan oleh pihak CEC dengan kerjasama dari CEC Kelantan ialah :

- Ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
- BBQ
- Karaoke
- Mandi Kolam dan Pantai Bersama Keluarga

Syabas juga diucapkan kepada semua peserta-peserta konvoi iaitu seramai 30 buah Chery Eastar yang begitu komited dalam menjayakan program ini. Tanpa anda siapalah CHERY EASTAR CLUB....