14 December 2009

Program TT di Restoran Old Boy, Bandar Puteri, Puchong - 12/12/09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada malam Sabtu yang lepas, program TT CEC telah diadakan di Restoran Old Boy, Bandar Puteri, Puchong yang mana kehadiran sungguh memberangsangkan. Tuan rumah program TT kali ini ialah Tomguyz n Reza. Sponsor minuman pada malam itu ialah Bro Mungo Chery yang begitu steady sekali. TT kali ini dihadiri oleh 2 bakal pemilik Eastar iaitu Al-Fatih dan Toofatz yang akan membeli Eastar melalui agen CEC Management & Services. Ini adalah pertama kali berjumpa dengan Tomguyz, Mungo Chery dan Sabri walaupun selalu berborak di dalam forum.

Perbincangan pada malam itu lebih kepada permasalahan yang dihadapi oleh ahli CEC. Dan kita memberi makluman kepada semua mengenai maklum balas dari Manager SC PJ, Mr Lim tentang surat komplen CEC kepada pihak Chery Alado. Mr. Lim merupakan Manager SC PJ yang baru dan mula bertugas pada 1 Disember 2009. Beliau menyambut baik kehadiran CEC dan akan memberi sokongan penuh pada CEC.

Promosi Kejohanan Bowling CEC 2009, dijalankan serentak pada malam tersebut. Dan borang penyertaan diberikan kepada semua ahli CEC yang berminat. Antara yang hadir ialah :

1). Tomguyz
2). Mungo Chery
3). Reza
4). Enigma
5). Lanz
6). Mr Mama
7). Raden
8). Razail2u
9). Jebat7770
10). Asoi
11). Sabri98
12). Al-Fatih
13). Toofatz

Pihak CEC mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat meluangkan masa dan memberi komitmen dalam program tersebut. Semuga apa yang dirancangkan pada program tersebut akan berjalan lancar dengan sempurna...Aminnnn.

Pengunjung boleh berkunjung ke Topik Galeri untuk melihat potrait yang telah dirakamkan pada malam tersebut.





No comments:

Post a Comment