15 December 2009

KEJOHANAN BOWLING CEC 2009/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua pemilik Eastar, pihak CEC akan menganjurkan KEJOHANAN BOWLING CEC 2009/2010 pada tempat dan masa seperti dibawah ini :

Agenda : PERTANDINGAN BOWLING CEC 2009/2010
Tempat : Pandan Lake Club, Pandan Perdana, KL
Tarikh : 9 Januari 2010
Masa : 9.30 Pagi
Yuran Penyertaan : RM35 (Tshirt Kolar + Bowling 3 Game + Makan)
Penyertaan : Kepada semua pemilik Eastar

Hadiah :

Johan : Piala Pusingan, Piala Iringan dan Hamper
N. Johan : Piala Iringan dan Hamper
Tempat Ketiga : Piala dan Hamper
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hamper

Syarat-syarat Pertandingan :
1). Semua pemilik Eastar, SC dan Chery Alado.
2). Tiada had umur.
3). Berpasangan - Suami Isteri amat digalakkan. Jika tiada pasangan, pihak penganjur akan cabut undi bagi menentukan pasangan masing-masing.
4). Tarikh tutup penyertaan 25/12/2009 (tertakluk kepada perubahan)
5). Pembayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup.
6). Makan Minum disediakan.
7). Tshirt kolar akan diberikan kepada semua peserta dan hendaklah memakainya ketika pertandingan diadakan.

Pihak penganjur juga akan mengadakan Pertandingan Mewarna untuk anak-anak peserta yang mana hadiah hanya untuk 3 tempat teratas iaitu Johan, N. Johan dan tempat ke-3. Ketiga-tiga hadiah tersebut merupakan hamper. Anak-anak peserta hanya perlu membawa pensil kaler sekiranya ingin menyertai pertandingan tersebut. Peraduan mewarna ini ada dibahagikan kepada 2 kategori:

1). Umur 8 tahun - 12 tahun
2). Umur 3 tahun -7 tahun

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pertandingan bowling ini, sila isi format dibawah ini di http://cheryeastarclub.forumotion.com/welcome-to-chery-eastar-club-f1/pertandingan-bowling-cec-2009-t88.htm :

Nama :
No. Phone :
Bil. penyertaan (Bowling) :
Bil. penyertaan (Mewarna) :
Saiz Tshirt :

atau dapatkan borang penyertaan di Pusat Servis yang berhampiran pada 12 Disember 2009.

Sebarang pembayaran boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah CEC iaitu 162254703049 (Maybank) atas nama Hassan Adli Othman dan sila sms bukti pembayaran ke 019-6000 252 atau email ke hassanadlio@gmail.com.

Sebarang kemusykilan boleh hubungi Raden 019-6000 252, Lanz 013-3200083, dan Mr Mama 019-2625856

Sekian, terima kasih.

Warga Kerja CEC

No comments:

Post a Comment