27 October 2009

Selamat Datang Ke Chery Eastar Club...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pengunjung yang dihormati,

SELAMAT DATANG KE BLOG CHERY EASTAR CLUB!!!

Kami pihak pengurusan CEC ingin mengalu-alukan kehadiran semua pemilik Eastar di seluruh dunia ke blog CEC ini.

Untuk pengetahuan semua, Chery Eastar Club (CEC) telah diwujudkan pada 30 Julai 2009 oleh pemilik-pemilik Chery Eastar untuk membentuk satu kumpulan besar dalam memberi sokongan dan promosi terhadap kenderaan MPV ini. Secara tidak langsung CEC akan bertindak sebagai duta bagi menarik minat orang ramai untuk memiliki kenderaan MPV ini. Kami juga telah mengadakan beberapa aktiviti sebelum ini seperti :

1). Majlis Berbuka Puasa CEC, Di Restoran Kembangan Paradise, Seri Kembangan,
2). Perjumpaan Di Restoran Upin Dan Ipin, Shah Alam
3). Program Konvoi CEC ke SC Kuantan, Pahang
4). Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CEC, Kondominium Desaminium Rimba,
Seri Kembangan.

Semua pengunjung boleh melihat potrait aktiviti kami di topik CEC Galeri.

Memandangkan Chery Eastar Club baru diwujudkan dan belum mempunyai dana kewangan dalam melakukan sebarang aktiviti. Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini adalah tanggung sendiri setiap pemilik Eastar.

Penubuhan blog ini adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat dan gambar-gambar sebagai input dalam memvariasikan kereta semua pemilik dan bakal pemilik Chery Eastar.

Semua pengunjung juga boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat serta maklumat dengan semua pemilik Eastar di dalam topik CEC Forum.

Hala tuju kami adalah jelas untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua pemilik dan bakal pemilik Chery Eastar tanpa mengira bangsa, warna kulit dan fahaman politik.

Kami berharap dengan adanya blog CEC ini, semua pengunjung mendapat sedikit sebanyak manfaat dalam mencari maklumat dan info mengenai Chery Eastar.

Sekian Terima Kasih,

Warga Kerja CEC

1 comment:

  1. Assalamualaikum kepada semua pemilik CE..
    Dan kepada admin saya ucapakan syabas kerana telah membina CEC...

    ReplyDelete