02 November 2009

Program TT di Restoran BBQ & Steamboat, Sg. Buloh, 31 OKT 2009






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, program TT pada Sabtu malam yang lepas dijalankan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran ahli keluarga CEC. Program ini telah mengumpulkan 13 biji Eastar yang datang dari pelbagai tempat termasuk Kuantan dan Perak. Di samping makan-makan steamboat, kami juga berbincang mengenai aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Insya Allah, aktiviti terdekat yang akan diadakan oleh CEC ialah Konvoi Ke Johor Bharu, Johor. Tunggguuuuu....

Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan kepada Mr. Mama dan juga isteri serta anak-anak tersayang. Ada potong-potong kek lagi you...Yang tak tahan tu, aksi romatik Mr Mama bersama isterinya...Jealous you...

Apa-apa pun tahniah kepada semua kerana bersama-sama menjayakan program ini sehingga menjadi kenyataan. Semuga persahabatan dan persaudaraan antara ahli CEC sebegini dapat dikekalkan pada program yang akan datang.

Syabas untuk semua!!!

p/s : Sila ke topik CEC Galeri untuk melihat potrait seterusnya...

No comments:

Post a Comment