23 November 2009

Program TT di Restoran Kasih Bonde, Bandar Mahkota, Cheras, 21 November 2009

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, Program TT di Restoran Kasih Bonde, Bandar Mahkota, Cheras yang diadakan pada 21 November 2009 yang lepas berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Komitment yang diberikan oleh ahli-ahli CEC sungguh memberangsangkan termasuk 2 ahli baru CEC iaitu Bro Asoi (Shah Alam) dan Bro Iceman (Tasik Puteri, Rawang).

Program kali ini dikejutkan lagi dengan acara khas yang disediakan oleh pihak penganjur dengan mengadakan cabutan bertuah. Hanya mereka yang bertuah sahaja mendapat hadiah khas oleh pihak penganjur.

Perbincangan pada TT kali ini memfokuskan kepada 2 perkara utama iaitu :
1). Perjumpaan dengan pihak Chery Alado dan
2). Pertandingan Bowling anjuran CEC.

Perjumpaan Dengan Pihak Chery Alado

Hasil dari perbincangan yang dilakukan, pihak CEC akan mengadakan Sessi Ramah Mesra dan Bersua Muka dengan pihak Chery Alado yang akan diadakan dalam masa terdekat. Berkemungkinan akan diadakan pada hari Sabtu selepas sambutan Hari Raya Qurban yang akan datang. Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak CEC dengan pihak pengurusan Chery Alado.

Pertandingan Bowling anjuran CEC

Pihak CEC juga akan mengadakan Pertandingan Bowling yang akan diadakan di Pandan Lake Club pada 2/1/2010 jam 9.30 pagi (tertakluk kepada perubahan). Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pemilik Chery Eastar. Hadiah yang ditawarkan berupa Piala Pusingan, Piala Iringan dan Hamper bagi tempat pertama hingga ketiga. Pihak CEC juga akan menyediakan peraduan mewarna bagi anak-anak peserta yang mana hadiahnya juga sangat menarik. Bro Safari merupakan Pengarah Projek dan dibantu oleh warga kerja CEC. Insya Allah, promosi akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Diharapkan semua pemilik Eastar dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menjayakan segala aktiviti yang dianjurkan oleh CEC terutama Pertandingan Bowling ini.

Sekian Terima Kasih,
Warga Kerja CEC






Untuk potrait seterusnya sila ke Menu CEC Galeri.

No comments:

Post a Comment