08 April 2010

Program TT Di Seremban 2, Sabtu , 3/4/2010

Pengerusi sessi TT CEC N9 : Zac
Pencatit Minit : Azmi

CEC Pusat yang hadir:

1.Mr.Mama
2.Enigma
3.Castello
4.Lanz83
5.Asoi


Perbincangan dan Agenda TT CEC N9

1.Ucapan aluan/Selamat datang
-Penerangan tentang CEC kepada Ahli baru
2.Perlantikan AJK CEC N9(Penaja)
3.Memperkenalkan Baju Korporat CEC N9
4.Perbincangan tentang Aktiviti
a)Aktiviti Bulanan-Sessi TT
b)Aktiviti Tahunan-Family Day
-Bengkel kefahaman tentang CE
-Treasure Hunt
5.Memperkenalkan Borang keahlian CEC N9
6.Prbentangan Perlembagaan CEC N9(Cadangan@bantahan)
7.Lain-lain Hal:
a)Penyerahan Tempahan ID Tag & Stiker wajib tayang
b)Penyerahan Borang ahli baru
c)Cadangan Khairat/Kebajikan-Mr.Mama
d)Penerangan program Marshal/Rakan Cop yang akan di jalankan dengan menggalakan menyertaan ahli. - Mr Mama
e)Cadangan mengadakan family day untuk menarik lebih ramai lagi penyertaan ahli-ahli baru menyertai CEC N9-Castello
f)Kutipan derma khairat kematian untuk bapa HITRUN.

AJK CEC N9(Penaja)

Pengerusi : Zac
Naib Pengerusi : Azmi
Setiausaha : Shabuddin
Bendahari : Pn.Anita

ajk-Ratu.eastar
-Lui
-Shamsul


Setelah dipersetujui, Segala jawatan yang di lantik adalah PENAJA sahaja sebelum perlantikan sebenar diadakan dengan kehadiran yg memberangsangkan.Memandangkan kehadiran Sessi TT CEC N9 yang agak mendukacitakan(ada perlawanan bola N.S.vs.Selangor)maka biro-biro tak dapat diadakan...insyaAllah diharapkan sessi TT CEC N9 yang akan datang!.. kehadiran pemilik CE akan bertambah ramai...InsyaAllah!...Kepada yang berkesempatan hadir!..CEC N9 mengucapkan jutaan terima kasih diatas komitmen yang ditunjukkan.Semoga CEC akan bertambah maju...InsyaAllah!...





Sessi TT Zon Terengganu, Jumaat 02/04/10

ALHAMDULILLAH.. Sesi TT berjalan dengan lancar dan jayanya.

Pengerusi sesi TT :- Rosparokik
Note Taker :- Irmirm
Antara keluarga CEC yang hadir di sesi TT kali ini :=

1. Mr Mama
2. Irmirm
3. Rosparokik
4. Ediey4648
5. HasnuAR
6. Burn
7. Faizal kerteh (keluarga CEC baru)
8. Cool Dean (keluarga CEC baru)
9. Din CIMB (keluarga CEC baru)


Antara perbincangan dan agenda semasa TT:-

~ Penyerahan ID Tag dan Sticker Wajib Pamir - Penyerahan kepada ahli yang ID tag mereka dah siap. Tunjukajar lokasi tepat menampal stiker wajib pamir yang tepat seperti yang telah di persetujui ramai. - Irmirm
~ Sesi suai kenal antara ahli lama dan ahli baru. - Sesi ini telah di jalankan dengan Round The Table. Seorang demi seorang memperkenalkan diri antara 6 ahli keluarga CEC lama dan 3 ahli keluarga CEC baru. - Round Table
~ Pembentangan Carta Ahli Gerak Kerja HQ oleh Mr Press. Pengenalan kepada jawatan dan penerangan kepada tugas yang di amanahkan. - Mr Mama
~ Sepintas lalu program Marshal yang akan di jalankan dengan menggalakan menyertaan ahli. - Mr Mama
~ Kelas KONVOI untuk pengenalan dan gerakkan semasa konvoi - Mr Mama & Rosparokik
~ Penjagaan Enjin 4G64. Cara penjagaan enjin dan pengendalian CE. - Mr Mama
~ Perlantikan AJK bagi Zon Terengganu :-
* Setelah dipersetujui, Segala jawatan yang di lantik adalah PENAJA sahaja sebelum perlantikan sebenar diadakan dengan kehadiran yg memberangsangkan.. InsyaAllah.

AJK Zon Terengganu (PENAJA) :-

Penasihat : HasnuAR
Pengerusi : Rosparokik
Naib Pengerusi : Ediey4648
Setiausaha : Faizal Kerteh
Bendahari : Cool Dean
Biro Perhubungan : Burn
Biro Kebajikan : Din CIMB
Biro ICT : Irmirm
Biro Aktiviti : Rosparokik
Biro Publisiti : Irmirm


~ Sesi perkongsian masalah, pengalaman, dan soal-jawab. - Round Table.
- Bunyi angin pada side mirror kiri dan kanan. Selesai di SC
- Air masuk kat bonet belakang CE. Syorkan rujuk pada SC
- Electrical shock kat dashbord. Selesai di SC
- Acsessori Box terjungkit. Selesai di SC
- U-turn ada bunyi pada bahagian bawah CE. Berkemungkinan masalah pada dry-shaft. Syorkan rujuk pada SC
- Pengcekah tempat duduk belakang patah. Tukar di SC dengan kos rm 4.50 shj
- Break Pad berbunyi. Syorkan rujuk SC
- Head lamp masuk air. Selesai di SC

~ Sesi kutipan derma khairat kematian untuk bapa HITRUN.
~ pengedaran flyer pada ahli untuk d sebarkan kepada pemilik CE

Alhamdulillah.. TT berjalan dengan selamat dan berjaya. Sesi TT di tangguhkan pada jam 6 petang.

CARTA ORGANISASI AJK PENGURUSAN CEC

Penasihat : Bro Sue
Presiden : Mr Mama
Naib Presiden 1 : Enigma4646
Naib Presiden 2 : Kzrul
Setiausaha: Raden
Bendahari: Sue
Juru Audit : Jebat

Ahli Jawatankuasa :

Biro Perhubungan Dan Komunikasi korporat : Castello

Biro Kebajikan : Maniseh

Biro Kewangan : Kzrul

Biro Aktiviti : MonchehCE

Biro Promosi dan Publisiti : Lanz83

Biro ICT : Irmirm


Ringkasan Minit Mesyuarat :

1). Pengesahan Senarai AJK yang dibentangkan oleh Presiden yang mana semua nama yang terlibat perlu menandatangani sebagai tanda bersetuju memegang jawatan tersebut.
2). Setiap Biro mempunyai skop kerja yang tertentu dan tidak dibenarkan mencampuri urusan Biro yang lain kecuali Pihak Pengurusan Atasan CEC (bermula dari jawatan Penasihat hingga ke jawatan Juru Audit).
3). Mesyuarat Pengurusan CEC Pusat akan diadakan setiap 3 bulan sekali termasuk kedatangan wakil dari AJK CEC Negeri.
4). Setiap negeri perlu menubuhkan AJK CEC Negeri bagi memudahkan mendapat maklum balas dan pandangan dari ahli-ahli setiap negeri.
5). Setiap cadangan dan pandangan ahli mestilah mengikut saluran AJK CEC Negeri sebelum dikemukakan dan dibentangkan ke Pihak Pengurusan CEC Pusat.
6). Menetapkan 3 orang moderator bagi mengawal dan memerhati forum CEC. Mereka ialah Presiden, S/U dan Irmirm (Biro ICT).
7). Akaun Bank CEC akan dibuka secepat mungkin atas nama CEC Management & Services yang mana pemegang amanahnya ialah Naib Pres II, S/U dan Bendahari.
Cool. Menetapkan Halatuju, Misi dan Visi CEC.
9). Menetapkan peraturan untuk PTT (Push To Talk).
10). ID Tag CEC akan memberikan kemudahan kepada ahli dengan mendapat harga diskaun di kedai-kedai panel yang dilantik oleh CEC seperti kedai akseksori, kedai tayar, tempat peranginan dan sebagainya.
11). CEC akan mempunyai domain laman webnya sendiri dalam masa terdekat dan akan diseliakan oleh Biro ICT.

Disediakan oleh
Radenumar
Setiausaha CEC Pusat

09 March 2010

FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR , 13/2/2010

Syukur Alhamdulillah kerana program FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR, KL-PAHANG-TERENGGANU-KELANTAN telah selesai dengan sempurna. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini terutama pihak CEC Kelantan yang diterajui oleh Abe Aziz dan rakan-rakan. Tidak lupa juga kepada pihak penaja seperti Sweet Beach Resort yang memberi harga istimewa untuk bilik penginapan, tempat BBQ siap khemah lagi, bilik karaoke percuma dan kemudahan lain. Tidak lupa juga kepada En Yuzaidee, Pengurus Syarikat Wan Intiaz Enterprise (Dealer Chery Alado) yang menyediakan makan tengahari untuk semua peserta konvoi.

Kami juga berkesempatan untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Showroom Chery Alado yang mana dimiliki oleh syarikat Wan Intiaz Enterprise. Perasmian ini disempurakan oleh Pengarah Mara Kelantan, Dato' Abdul Rahim.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang berada di Kota Bharu yang akan diseliakan oleh pihak CEC dengan kerjasama dari CEC Kelantan ialah :

- Ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
- BBQ
- Karaoke
- Mandi Kolam dan Pantai Bersama Keluarga

Syabas juga diucapkan kepada semua peserta-peserta konvoi iaitu seramai 30 buah Chery Eastar yang begitu komited dalam menjayakan program ini. Tanpa anda siapalah CHERY EASTAR CLUB....











03 February 2010

Sepetang Bersama Wakil CEC Sabah, Bro Khaza, Isnin 1/2/2010

Pada hari Isnin yang lepas, kami berkesempatan mengadakan TT dengan wakil CEC Sabah iaitu Bro Khaza yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur untuk mengadakan beberapa perbincangan bagi meluaskan lagi sayap CEC ke tanah Borneo. Perbincangan ini melibatkan otai2 CEC KL iaitu Bro Lanz, Enigma464, Raden dan Toofazt. Kami juga bertukar2 pendapat dan pengalaman dalam mengendalikan Chery Eastar ini. Chery Eastar di Sabah masih lagi kurang. So, kami terpaksa membuat beberapa perancangan dalam mengumpulkan semua pemilik Eastar untuk mengadakan TT. Tugas ini kami serahkan kepada kebijaksanaan Bro Khaza dalam menarik pemilik Eastar di Sabah untuk bersama-sama dengan CEC. Sessi TT ini berakhir pada pukul 8.15 malam. Semuga ramai lagi pemilik di luar sana dapat turut serta menyertai CEC....




Konvoi ke Gemencheh dan Gemas, Ahad, 31/1/10

Fuuuhhhh...memang best la konvoi ke Gemenchec n Gemas Ahad lepas...dari KL 3 buah CE jea, Raden, Abg mad n Castello...Mula2 gi majlis aqiqah Bro Moncheh,sungguh meriah sekali ngan laungan Marhaban dr org2 kampung situ, menu memang supeerrrb...ada kambing lagi tu....Lepas tu bertolak ke Majlis Kahwin adik ipar Lanz di Gemas...meriah juga, siap ada karaoke lagi tu...Nasib baik la Lanz tak nyanyi...kalau tak mau tak balik lagi nih...pastu ziarah lak ke rumah Mertua Bro Asoi di Kg Tenai....dalam perjalanan ke rumah mertua asoi, singgah makan durian di tepi jalan...fuhhhh superrrb...durian kampung, RM3.50/kg...belasah 6 biji...Lanz kita belanja sesambil lobi untuk Presiden...heheheh....Trima kasih Lanz...Sampai kat umah mertua asoi, minuman dah tersedia...minuman sejuk n panas...makan lak buah rambutan...fuhhhh...memang berbaloi2 ari ni konvoi ke gemencheh n gemas....Anak2 seronok dok main ramai2, siap kejar anak ayam lagi tuh...kecik kepala anak2 ayam asoi....hahahaah...pastu gi tengok kawasan Istana Bunian bersama mertua Asoi...Misteri Nusantara......kul 5 ptg bertolak balik kl....pastu TT lak kat RnR Seremban....Sampai umah kul 8.15 mlm td...kenangan manis bersama otai CEC....Trima kasih banyak2 pd Moncheh, Lanz, dan Asoi di atas segala2nya....

Potrait yang sempat dirakamkan Konvoi Ke Gemenceh n Gemas :









Perjumpaan CEC Kel Di Hadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu 29/1/10

Perjumpaan CEC Kel kali ke-4 ini telah diadakan di dataran Masjid Muhammadi, berhadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu dengan kehadiran sebanyak 7 buah Eastar. Antara perbincangan yang telah diadakan ialah mengenai persiapan Konvoi CEC Ke Kota Bharu, baju rasmi CEC Kel dan perkara-perkara berbangkit.