08 April 2010

CARTA ORGANISASI AJK PENGURUSAN CEC

Penasihat : Bro Sue
Presiden : Mr Mama
Naib Presiden 1 : Enigma4646
Naib Presiden 2 : Kzrul
Setiausaha: Raden
Bendahari: Sue
Juru Audit : Jebat

Ahli Jawatankuasa :

Biro Perhubungan Dan Komunikasi korporat : Castello

Biro Kebajikan : Maniseh

Biro Kewangan : Kzrul

Biro Aktiviti : MonchehCE

Biro Promosi dan Publisiti : Lanz83

Biro ICT : Irmirm


Ringkasan Minit Mesyuarat :

1). Pengesahan Senarai AJK yang dibentangkan oleh Presiden yang mana semua nama yang terlibat perlu menandatangani sebagai tanda bersetuju memegang jawatan tersebut.
2). Setiap Biro mempunyai skop kerja yang tertentu dan tidak dibenarkan mencampuri urusan Biro yang lain kecuali Pihak Pengurusan Atasan CEC (bermula dari jawatan Penasihat hingga ke jawatan Juru Audit).
3). Mesyuarat Pengurusan CEC Pusat akan diadakan setiap 3 bulan sekali termasuk kedatangan wakil dari AJK CEC Negeri.
4). Setiap negeri perlu menubuhkan AJK CEC Negeri bagi memudahkan mendapat maklum balas dan pandangan dari ahli-ahli setiap negeri.
5). Setiap cadangan dan pandangan ahli mestilah mengikut saluran AJK CEC Negeri sebelum dikemukakan dan dibentangkan ke Pihak Pengurusan CEC Pusat.
6). Menetapkan 3 orang moderator bagi mengawal dan memerhati forum CEC. Mereka ialah Presiden, S/U dan Irmirm (Biro ICT).
7). Akaun Bank CEC akan dibuka secepat mungkin atas nama CEC Management & Services yang mana pemegang amanahnya ialah Naib Pres II, S/U dan Bendahari.
Cool. Menetapkan Halatuju, Misi dan Visi CEC.
9). Menetapkan peraturan untuk PTT (Push To Talk).
10). ID Tag CEC akan memberikan kemudahan kepada ahli dengan mendapat harga diskaun di kedai-kedai panel yang dilantik oleh CEC seperti kedai akseksori, kedai tayar, tempat peranginan dan sebagainya.
11). CEC akan mempunyai domain laman webnya sendiri dalam masa terdekat dan akan diseliakan oleh Biro ICT.

Disediakan oleh
Radenumar
Setiausaha CEC Pusat

No comments:

Post a Comment