29 March 2012

CEC Blog will be on track again!!!


Assalamulaikum dan Salam Satu CEC..
dengan nama
Allah Yg Maha Pemurah..dengan Zat Alah yg Maha Agung, CEC Blogspot akan kembali sebagai platform bagi menyampaikan berita terkini berkenaan aktiviti semasa Chery Eastar Club. Sehubungan dengan itu, sekiranya teman2 skalian ingin berkongsi berita, gambar dan jika ada ingin mengiklankan produk masing2 di CEC Blogspot ini amat di alukan...semoga bermanafaat buat semua ahli Chery Easter Club.
Bagi pemilik Chery Eastar yang belum menjadi ahli berdaftar Chery Eastar Club, teman2 boleh lah ke pages forum kami di:
dan sila ikuti arahan di sebelah kiri
bagi ahli baru, TIADA YURAN BULANAN dikenakan, TIADA CAS TERSELINDUNG...anda hanya perlu membayar RM 15.00 ( Lima Belas Ringgit Malaysia Sahaja) sekali SEUMUR hidup, dan anda akan diberikan NO Pengenalan CEC (No ID) spt contoh dibawah...MAKA secara automatik anda ahli berdaftar CEC SEUMUR HIDUP.


itu sahaja buat kali ini..bertemu lagi di sesi berikutnya...

15 December 2011

MALAYSIA BOOK OF RECORDS : MOCK UP CERTIFICATE



Mock up certificate MBR semasa pelepasan konvoi di Putrajaya oleh 
Mr Jonathan Goh dari Chery Automobile (M) Sdn Bhd



Mock up certificate MBR semasa ketibaan konvoi di Dataran Zero oleh 
Tn Haji Ali Yahya (Ketua UMNO Sungai Petani) 

12 October 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA KELAB CHERY EASTAR (CEC)

Bulan Syawal merupakan bulan yang begitu sinonim dengan bulan Rumah Terbuka. Dewasa ini, Jamuan Rumah Terbuka telah menjadi satu tradisi bagi seluruh rakyat di Malaysia termasuklah jabatan kerajan, korporat, kelab-kelab dan persatuan.

Bagi Kelab Chery Eastar atau ringkasnya CEC yang baru berusia setahun lebih, Majlis Rumah Terbuka kali ini merupakan kali yang kedua dan menjadi acara tahunan untuk ahli-ahlinya yang seramai 200 orang.

Tujuan majlis ini di adakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli dan juga memberi peluang kepada ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama untuk mengenali antara satu sama lain terutama mengenali ahli-ahli keluarga masing-masing. Dengan adanya menu tradisi seperti lemang dan rending, menu yang lazim seperti satay dan bihun serta buah-buahan, suasana sambutan rumah terbuka CEC pada hari itu sungguh meriah dan menceriakan seluruh keluarga ahli CEC yang hadir.

Sebanyak 36 buah MPV Chery Eastar telah menyertai Majlis Rumah Terbuka CEC pada tahun ini yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Desaminium, Seri Kembangan pada 25 September 2010 yang lalu. Kebanyakannya datang dari sekitar Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Pahang. Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran wakil dari pihak Chery Alado, En Muhamad Nasrul Hadi dari Bahagian Khidmat Pelanggan, dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM), En Abdol Alim Yaacob iaitu Pengurus Besar Bahagian Sokongan Teknikal yang telah dijemput khas oleh pihak CEC.

Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Presiden CEC, En Ridhoan Mat Lazim yang mana beliau memberi penerangan sejarah penubuhan CEC dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun ini di antaranya Majlis Berbuka Puasa, Konvoi KL - Kelantan, Lawatan Ilmu ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah, Aktiviti Riadah Keluarga Hutan Lentang, Konvoi Amal & Kebajikan Kpg Pengkalan Pandan, Kemaman, Hari Keluarga CEC Tok Bali, Kelantan dan lain-lain aktiviti berasakan kekeluargaan. Pada bulan 3, 4 & 5 Disember 2010 yang akan datang, CEC akan menganjurkan satu lagi program yang lebih besar dan utama dalam Kalendar CEC iaitu Perhimpunan Pemilik Chery Eastar 2010 bertempat di De Rhu Resort, Kuantan.

En Nasrol yang mewakili pihak Chery Alado mengucapkan tahniah diatas penubuhan Kelab Chery Eastar dan berharap CEC dapat menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan memberi maklum balas serta maklumat mengenai MPV Chery Easter ini. Ia sememangnya sejajar dengan objektif penubuhan CEC di mana sasaran kelab adalah untuk menjadi pusat pengumpulan maklumat setempat bagi pemilik Chery Eastar.

Bagi En Abdol Alim Yaacob yang mewakili pihak AAM menucapkan terima kasih kepada CEC kerana di atas jemputan ini mereka dapat mengadakan serta mempromosikan satu program kerjasama di antara pihak Chery Alado dan AAM iaitu Kad Chery – AAM. Kedua-dua pihak telah menawarkan harga diskaun dan pemberian hadiah istimewa bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli Kad Chery – AAM pada majlis tersebut.

Majlis Rumah Terbuka CEC ini berakhir dengan amalan tradisi Aidil Fitri iaitu sesi pemberian duit raya oleh Presiden dan AJK Pengurusan CEC kepada semua anak-anak ahli CEC serta sesi bergambar kenangan bersama semua ahli keluarga CEC. Pihak Pengurusan CEC juga berharap dengan adanya majlis sedemikian dapat menarik lebih ramai lagi pemilik Chery Eastar diluar sana untuk bersama-sama menyertai sebagai ahli CEC. Untuk maklumat lanjut mengenai CEC boleh layari blog di http://cheryeastarclub.blogspot.com atau forum http://cheryeastarclub.forumotion.com/








22 September 2010

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CEC 2010

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk makluman semua ahli CEC dan pemilik Eastar, kami pihak warga kerja CEC akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka AIDILFITRI CEC pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tempat : Dewan Serbaguna, Kondominium Desaminium Rimba, Seri Kembangan, Selangor
Tarikh n Hari : 25 September 2010, Sabtu
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Menu : Satay, Nasi Himpit dan kuah kacang, Lemang dan Rendang, Kuih Muih n Oren Air Sirap dan Teh Panas

Bayaran : Dewasa - RM10 (dari umur 18 tahun keatas)
Kanak-kanak - RM5 (dari umur 3 tahun keatas)

CEC Management & Services - 5621 4271 4836 (Maybank), sila maklum atau sms kepada Sue5001 (012-3221102) selepas pembayaran dilakukan.

Pakaian Lelaki : Baju Melayu Lengkap
Pakaian Perempuan : Baju Kurung, Baju Kebarong, Baju Kebaya


Tarikh tutup untuk pembayaran dan penyertaan majlis tersebut pada 20 September 2010, Isnin .

Kami warga kerja CEC berharap agar semua ahli dan pemilik Eastar dapat meluangkan masa untuk turun beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini dan dapat berkenalan antara satu sama lain disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai Chery Eastar.

Sila isi format dibawah sekiranya anda setuju untuk turut serta dalam majlis ini.

Nama :
Nickname :
No. H/Set :
Bilangan ahli keluarga:
Status kehadiran:

Semuga kehadiran tuan/puan semua dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita dan meramaikan lagi ahli keluarga CEC.

Sekian, terima kasih.

Radenumar