09 March 2010

FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR , 13/2/2010

Syukur Alhamdulillah kerana program FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR, KL-PAHANG-TERENGGANU-KELANTAN telah selesai dengan sempurna. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menjayakan program ini terutama pihak CEC Kelantan yang diterajui oleh Abe Aziz dan rakan-rakan. Tidak lupa juga kepada pihak penaja seperti Sweet Beach Resort yang memberi harga istimewa untuk bilik penginapan, tempat BBQ siap khemah lagi, bilik karaoke percuma dan kemudahan lain. Tidak lupa juga kepada En Yuzaidee, Pengurus Syarikat Wan Intiaz Enterprise (Dealer Chery Alado) yang menyediakan makan tengahari untuk semua peserta konvoi.

Kami juga berkesempatan untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Showroom Chery Alado yang mana dimiliki oleh syarikat Wan Intiaz Enterprise. Perasmian ini disempurakan oleh Pengarah Mara Kelantan, Dato' Abdul Rahim.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang berada di Kota Bharu yang akan diseliakan oleh pihak CEC dengan kerjasama dari CEC Kelantan ialah :

- Ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
- BBQ
- Karaoke
- Mandi Kolam dan Pantai Bersama Keluarga

Syabas juga diucapkan kepada semua peserta-peserta konvoi iaitu seramai 30 buah Chery Eastar yang begitu komited dalam menjayakan program ini. Tanpa anda siapalah CHERY EASTAR CLUB....











03 February 2010

Sepetang Bersama Wakil CEC Sabah, Bro Khaza, Isnin 1/2/2010

Pada hari Isnin yang lepas, kami berkesempatan mengadakan TT dengan wakil CEC Sabah iaitu Bro Khaza yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur untuk mengadakan beberapa perbincangan bagi meluaskan lagi sayap CEC ke tanah Borneo. Perbincangan ini melibatkan otai2 CEC KL iaitu Bro Lanz, Enigma464, Raden dan Toofazt. Kami juga bertukar2 pendapat dan pengalaman dalam mengendalikan Chery Eastar ini. Chery Eastar di Sabah masih lagi kurang. So, kami terpaksa membuat beberapa perancangan dalam mengumpulkan semua pemilik Eastar untuk mengadakan TT. Tugas ini kami serahkan kepada kebijaksanaan Bro Khaza dalam menarik pemilik Eastar di Sabah untuk bersama-sama dengan CEC. Sessi TT ini berakhir pada pukul 8.15 malam. Semuga ramai lagi pemilik di luar sana dapat turut serta menyertai CEC....




Konvoi ke Gemencheh dan Gemas, Ahad, 31/1/10

Fuuuhhhh...memang best la konvoi ke Gemenchec n Gemas Ahad lepas...dari KL 3 buah CE jea, Raden, Abg mad n Castello...Mula2 gi majlis aqiqah Bro Moncheh,sungguh meriah sekali ngan laungan Marhaban dr org2 kampung situ, menu memang supeerrrb...ada kambing lagi tu....Lepas tu bertolak ke Majlis Kahwin adik ipar Lanz di Gemas...meriah juga, siap ada karaoke lagi tu...Nasib baik la Lanz tak nyanyi...kalau tak mau tak balik lagi nih...pastu ziarah lak ke rumah Mertua Bro Asoi di Kg Tenai....dalam perjalanan ke rumah mertua asoi, singgah makan durian di tepi jalan...fuhhhh superrrb...durian kampung, RM3.50/kg...belasah 6 biji...Lanz kita belanja sesambil lobi untuk Presiden...heheheh....Trima kasih Lanz...Sampai kat umah mertua asoi, minuman dah tersedia...minuman sejuk n panas...makan lak buah rambutan...fuhhhh...memang berbaloi2 ari ni konvoi ke gemencheh n gemas....Anak2 seronok dok main ramai2, siap kejar anak ayam lagi tuh...kecik kepala anak2 ayam asoi....hahahaah...pastu gi tengok kawasan Istana Bunian bersama mertua Asoi...Misteri Nusantara......kul 5 ptg bertolak balik kl....pastu TT lak kat RnR Seremban....Sampai umah kul 8.15 mlm td...kenangan manis bersama otai CEC....Trima kasih banyak2 pd Moncheh, Lanz, dan Asoi di atas segala2nya....

Potrait yang sempat dirakamkan Konvoi Ke Gemenceh n Gemas :









Perjumpaan CEC Kel Di Hadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu 29/1/10

Perjumpaan CEC Kel kali ke-4 ini telah diadakan di dataran Masjid Muhammadi, berhadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu dengan kehadiran sebanyak 7 buah Eastar. Antara perbincangan yang telah diadakan ialah mengenai persiapan Konvoi CEC Ke Kota Bharu, baju rasmi CEC Kel dan perkara-perkara berbangkit.





20 January 2010

FAMILY DAY CUM KONVOI CEC JELAJAH PANTAI TIMUR, KL-PAHANG-TERENGGANU-KELANTAN, 13/2/2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua ahli CEC dan pemilik Eastar, pihak CEC akan menganjurkan Family Day Cum Konvoi Jelajah Pantai Timur yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 13 Februari 2010, Sabtu (Cuti Chinese New Year)
Masa : 8.00 pg
Tempat Berkumpul : Tol Gombak

Antara tentatif program :

8.00 pg : Berkumpul di Tol Gombak
8.30 pg : Bertolak ke Kuantan
10.30 pg : Berkumpul dengan ahli CEC Kuantan yang turut serta konvoi ini
11.00 pg : Bertolak ke Kuala Terengganu
1.00 ptg : Berkumpul dengan ahli CEC dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu
2.00 ptg : Bertolak ke Kota Bharu
5.00 ptg : Berkumpul di Stadium Muhammad ke IV untuk Sessi Bergambar
Dan seterusnya acara bebas.


Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang berada di Kota Bharu yang akan diseliakan oleh pihak CEC dengan kerjasama dari CEC Kelantan. Antara aktiviti acara bebas ialah :

- Ke Pasar Malam 24 Jam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh,
- Ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor
- Ke Pantai Cahaya Bulan atau Pantai Melawi, Bachok
- Ke Bazaar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah


Kepada anda yang berminat untuk menyertai konvoi ini, boleh lah mendaftarkan diri di bawah ini :

Nama :
Nickname :
No. phone :
Bil. Ahli Keluarga:
Status :
Tempoh Penginapan :

Tarikh tutup penyertaan konvoi ini pada 31 Januari 2010. Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum tarikh tersebut pada akaun Maybank 162254703049 atas nama Hassan Adli Othman . Urusan tempahan bilik hotel akan dilakukan oleh ahli CEC Kelantan. Anggaran kos penginapan adalah RM250 untuk 3 hari 2 malam tidak termasuk makan dan minum (Tertakluk kepada perubahan). Sila sms atau email bukti pembayaran pada 019-6000 252 atau hassanadlio@gmail.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Kuala Lumpur : Raden (019-6000 252),
Kuantan : Mr. Mama (019-262 5856),
Kuala Terengganu : Irmirm (019-975 2281)
Kota Bharu : Abe Aziz (019-939 8509)


Sekian, terima kasih.

Warga Kerja CEC

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN & CUKUR JAMBUL DI GEMENCHEH,N9 PADA 31HB JAN 2010 (AHAD)


KEPADA SEMUA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, SAYA (Moncheh)SEKELUARGA DENGAN RASA RENDAH DIRI INGIN MENJEMPUT TUAN/PUAN SEMUA DAN KELUARGA UNTUK SAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KESYUKURAN DAN CUKUR JAMBUL ANAK PEREMPUAN SAYA YANG KEDUA (LAILA SAFFIAH BT MUHMAD BAHTIAR)

TARIKH : 31HB JAN 2010 (AHAD)
ALAMAT: LOT630, KAMPUNG BARU SUNGAI KEPONG, 73200, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.
TELEFON : 06-4310076 / 013-6061387
PROGRAM : 1100HRS (ACARA MARHABAN & CUKUR JAMBUL)
1200HRS (JAMUAN MAKAN)

NOTE: KAMBING ADA/LEMBU ADA/AYAM ADA,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,SILA REPLY MSG INI BERSERTA JUMLAH AHLI KELUARGA YANG AKAN HADIR AGAR PERJALANAN TUAN/PUAN AKAN LEBIH LANCAR. KELUAR EXIT ALOR GAJAH, ARAH KE TAMPIN, KEMUDIAN ARAH KE GEMAS. SILA HUBUNGI SAYA SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEMUSKILAN.

Sessi TT CEC Terengganu, Di Hadapan Masjid Geliga, Kemaman, 23/1/10

Assalamualaikum..

Wakil kerja CEC akan menganjurkan satu sesi Teh Tarik sepertimana berikut:-

~ Suai kenal antara ahli CEC yang lama dan yang baru
~ Berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai CE
~ Luahan masalah dan pendapat
~ Penempahan ID tag
~ Penempahan Sticker CEC
~ Sembang CE makeover
~ dan banyak lagi da........

Tempat : DI HADAPAN MASJID GELIGA , KEMAMAN
Tarikh : 23 Januari 2010
Hari : SABTU
Masa : 3:00 petang hingga selesai

** Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan sesi ini. Sila sah-kan kehadiran tuan/puan bagi melancarkan sesi ini **

HARAP MAKLUM...........